T Shirt printing murah ada lagi ke di KL ni? Zaman sekarang ni semua harga naik, dengan GST lagi takkan harga printing t shirt turun pula?

Sebenarnya ramai yang whatsapp tanya harga nak murah. Soalan tu sebenarnya sangat subjektif. Saya sendiri tak boleh jawab on the spot bab-bab harga murah ni.

Sebab apa?

Sebab saya tak boleh bagi harga murah selagi saya tak tau details tempahan. Seperti kuantiti baju berapa helai? Nak printing berapa side? Printing berapa warna? Ini semua antara details yang saya perlukan bagi penetapan harga satu-satu tempahan tu.

Ini juga faktor satu-satu tempahan tu boleh dapat harga murah atau sebaliknya. :)

Eh, banyak pula membebel. Sebenarnya antara pelanggan yang suka tanya bab harga murah ni ialah pelajar sekolah. So kebetulan saya nak post pasa satu job t shirt sekolah ni terus teringat pasal budak sekolah suka harga murah terus terbebel sekejap :p

tshirt printing murah kl

tshirt printing murah kl

 

 

Ok job kali ni dari adik Nur Dania. Dia tempah dalam 25 helai tak silap saya. Nampak gayanya design no besar dan dalam no ada tulisan nama budak 1 kelas ni makin popular.

Sebenarnya design ni ada sorang budak tempah dengan saya dalam bulan Mac tak silap. Lepas tu bila saya post kat instagram ramai pula yang PM cakap berminat dan nak buat design yang sama.

Yelah selalunya kalau letak nama kat belakang baju tu just susun biasa je. Tapi design ni agak kreatif juga sebab susun ikut bentuk nombor.

Sekian dulu untuk kali ni. Babai! :)

 

Nak tempah baju? Whatsapp details anda ke – 019 3067885

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation