Alhamdulillah. Dapat close job 119 helai ni. Team T-shirt Printing Malaysia pernah post beberapa minggu lepas tentang sample job ni disini.

Jadi rezeki Allah nak bagi kami dapat job ni. Customer puas hati dengan sample hari tu dan nak proceed. Cuma sample hari tu kami printing bawah sangat jadi customer mintak ataskan sikit.

Lepas deal, customer setuju untuk print 5 inci ke bawah start dari collar baju. Jadi saya yang menurut perintah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Hehe.

 

T-shirt printing malaysia

 

 

Total tempahan adalah 119 helai dan ada 8 helai customer nak printing belakang berbanding 111 lainnya semua kosong kat depan. Belakang hanya 1 warna printing je tapi maaf saya tak sempat lak nak ambil gambar belakang tu.

Disebabkan warna baju yang dipilih adala lebih 10 dan saiz yang berlainan, banyak kali juga saya dipesan oleh customer untuk tak buat silap. Terutama baju yang ada printing di bahagian belakang. Cuak la juga sebab dah pesan banyak kali kan, sekali silap naya woo. So far Alhamdulillah tak silap :)

Yang menarik, saya dapat full payment woo! Tak main deposit. Terbaik dan jutaan terima kasih kerana sangat percayakan saya. InsyAllah amanah yang diberi akan saya jaga sebaiknya. Alhamdulillah job ni dah siap pun. Isnin depan saya akan hubungi customer untuk datang ambil baju.

Cuma nak bagitau sikit pada bakal pelanggan saya. InsyAllah sebarang tempahan anda selamat dengan kami. Sejujurnya bohonglah kalau saya tak pernah silap ambil order atau tersilap printing t shirt. Itu normal. Saya akan cuba sedaya upaya kurangkan kesilapan.

Tapi apa yang saya boleh janji, setiap kesilapan printing saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jangan risau. Tujuan berniaga adalah nak membantu pelanggan dapatkan apa mereka mahu bukan keuntungan semata-mata.

Jadi bila niat dah nak membantu saya tak akan biarkan jika kesilapan tu dari saya.

Terima kasih! :)

 

 

 


 

Nak tempah t-shirt ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation