Salam geng. Alhamdulillah hari ni siap printing baju sample CMYK untuk saya pos. InsyAllah kalau customer puas hati dengan sample akan print 100++ helai.

Jadi sample ni kenalah buat cantik-cantik ye tak? Hehe. So seperti yang pernah saya kongsikan proses printing CMYK disini, kali ni juga saya nak kongsikan before after proses printing CMYK untuk sample ni.

 

t-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout yang telah customer setuju. Sebenarnya design ni agak bermasalah sikit sebab customer takde softcopy dari komputer.

Design yang nak print ni bukan dihasilkan menggunakan software tapi lukis tangan. Customer hanya berikan softcopy yang gambarnya diambil (gambar lukisan tersebut) menggunakan kamera.

Jadi agak sukar untuk saya dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Walaubagaimanapun saya cuba adjust mana patut dan jom kita tengok apakah hasilnya. :)

 

t-shirt printing malaysia

Seperti biasa saya akan masukkan warna putih dahulu untuk t-shirt berwarna. Ini bertujuan sebagai ‘base’ pada t-shirt supaya warna-warna lain boleh melekat padanya.

 

t-shirt printing malaysia

Selepas itu saya masukkan warna pertama dari CMYK iaitu biru yang mewakili huruf C = Cyan.

 

t-shirt printing malaysia

Langkah ketiga adalah masukkan warna merah yang mewakili huruf M=Margenta.

 

t-shirt printing malaysia

Seterusnya adalah warna kuning. Mungkin anda tak berapa nampak apa yang berubah. Tapi cuba perhatikan pada bahagian bendera Syria bawah belah kiri tu, bendera tu dah bertukar warna hijau hasil dari campuran warna merah dan kuning. Jika sebelum ini masa warna merah dimasukkan bendera tersebut berwarna biru.

 

t-shirt printing malaysia

Dan warna yang terakhir adalah hitam yang mewakili huruf = K.

So far design ni agak mudah untuk saya hasilkan. Saya hanya buat 1 sample sahaja dan dah puas hati. Mungkin kalau ada penambahbaikan pun pada warna biru saya akan terangkan sikit lagi untuk timbulkan lagi warna biru.

Alhamdulillah sample baju ni pun dah selamat diposlajukan pada customer. Mungkin lusa sample akan sampai dan sama-sama kita nantikan keputusannya.

Harap-harap customer setuju dengan sample tu dan boleh terus proceed order. Doakan saya ye. Amiin !

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation