Alhamdulillah promosi t-shirt printing murah kali dapat sambutan yang menggalakkan. Ramai yang takut bila tempoh promosi tamat.

Macam pengalaman kami yang lepas-lepas bila makin penghujung tarikh promosi tamat makin ramai yang call/ whatsapp tanya untuk printing tshirt. Agaknya orang Malaysia ni memang suka shopping last minit kot?

Tapi jangan risau kami masih lagi ambil tempahan-tempahan anda sehingga 31 Disember 2016. Sebenarnya selepas tarikh tu pun kami ambil lagi cuma harganya dah jadi harga biasa la takda lagi harga promosi hehe.

t shirt printing murah

 

Macam biasa tahun-tahun yang lepas. Antara job yang banyak kami terima bila buat promosi t-shirt printing murah ni adalah job rewang & family day. Tapi untuk tahun ni job rewang yang paling banyak sampaikan staff tak sempat nak reply komen kat page.

Whatsapp masuk bertalu-talu tanpa henti dan belas kasihan, PM pun tak kurang banyaknya dengan nak buka PM Facebook yang agak berat satu hal. Customer ada yang sampai marah-marah sebabkan PM mereka tak dibalas.

Walaubagaimanapun kami rasa sangat bersyukur dapat membantu seramai mungkin bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Semoga berkekalan sampai ke anak cucu hendaknya. Amin.

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation