Assalamualaikum. Kali ni saya tengah buat sample untuk printing baju guna teknik CMYK. Bila design ada toning atau terlalu banyak warna macam ni kena buat CMYK. Ini juga bagi membantu jimatkan kos pelanggan. Bila kos jimat pelanggan lagi suka la kan?

CMYK ni gabungan printing menggunakan warna basic seperti Biru (C), Margenta (M), yellow (Y) dan hitam (K). Jangan tanya kenapa C mewakili biru dan K mewakili hitam ye sebab saya pun tak tahu hehe. Sejak azali lagi memang dikenali macam ni.

Ok saya tunjukkan sample printing dari 1 warna ke 1 warna sehingga siap seperti design yang pelanggan mahukan. Ready ?

T-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout softcopy yang telah dipersetujui pelanggan. Lepas confirm maka proses printing untuk sample pun bermula. Untuk sample saya tak jumpa baju kuning di kilang jadi terpaksa gunakan warna lain. Tujuan hanya nak tengok warna printing je jadi tak ada masalah sangat walau baju warna lain.

So kita tengok jadi ke tak? Hehe.

 

t-shirt printing malaysia

Proses pertama adalah buat base dulu dengan menggunakan warna putih. Kalau t-shirt putih tak perlu buat base macam saya buat kat sini.

 

t-shirt printing malaysia

Proses kedua masukkan warna biru pula.

 


t-shirt printing malaysia

Proses ketiga masukkan warna merah pula

 

t-shirt printing malaysia

Proses seterusnya iaitu yang keempat masukkan warna kuning. Kalau anda perasan pada proses keempat ni dah boleh nampak design yang pelanggan nak. Boleh kata 85% dah siap dah design ni. Cuma proses terakhir saya akan masukkan warna hitam untuk pekatkan lagi dan boldkan outlline hitam yang terdapat pada design ni.

 

t-shirt printing malaysia

Akhirnya. Inilah hasilnya setelah kesemua 5 warna dimasukkan. Alhamdulillah sample ni memuaskan hati. Jadi boleh proceed.

 

t-shirt printing malaysia

So kita boleh proceed untuk printing semuanya. Total order dari pelanggan kali ni ialah 41 helai. Ini bahagian depan.

t-shirt printing malaysia

Ini bahagian belakang. Jadi siaplah proses printing untuk baju ‘Ride To Malacca’ ini. Semoga semua ahli kelab gembira dengan t-shrit mereka. Ride safely ok. :)

 

t-shirt printing malaysia

 

Alhamdulillah siap printing t-shirt usahawan borong. Kali ni dah kail kedua atau ketiga saya pun tak berapa ingat team trip usahawan borong order baju dengan kami. Terima kasih juga pada team Sifu FB Ads yang rekomen servis kami.

Sifu FB Ads merupakan antara customer setia kami setakat ni semua baju untuk crew & peserta seminar mereka tempah dengan kami.

Pada geng trip usahawan borong semoga sukses memborong barang. Semoga mendapat barang yang dihajati. Bergabung dengan otai marketing macam Sifu FB Ads mesti mantap punya. :)

 

Job printing baju kali ni dari cik puan Tharchaini. Tak silap saya dah lama juga start whatsapp dengan dia berkenaan baju ni. Tapi tiba-tiba batal katanya, tapi akhirnya jadi juga cuma kuantiti je kurang sedikit.

Kalau dah rezeki tak kemana ye tak? hehe. Baju ni ada sikit ubai suai dari designer sebab design asal cik puan ni gambar helang dia designer tak jumpa pula.

 

t-shirt printing malaysia

 

Sebenarnya cik puan ni tempah juga baju i am tapi saya lupa nak ambil gambar so layan yang ni je lah ye. Jadi kalau ada apa-apa yang boleh kami bantu jangan segan silu email atau whatsapp saya di no tertera pada bahagia tab hubungi kami ok.

Buat masa ni kami boleh siapkan tempahan anda dalam masa 4 hingga 5 hari bekerja. Dapat details cepat, lagi cepat siap. :)

Bisnes printing baju sebenarnya tak semestinya anda perlu buat sepenuh masa. Ramai agen kami terdiri daripada pelajar IPT, penjawat awam/swasta dan ada juga hanya sebagai suri rumah.

Ini kerana bisnes printing ni agak mudah. Anda tak perlu ada kilang sendiri atau kedai sendiri untuk buat production dan sebagainya. Malah boleh mula bisnes tshirt printing anda dengan zero modal.

Apa yang penting anda hanya perlu buat promosi untuk dapatkan order dari pelanggan. Hal-hal printing baju anda serahkan pada kilang.

 

t-shirt printing malaysia

 

Zaman sekarang ni terdapat banyak laman social yang sangat berpotensi untuk anda dapatkan pelanggan dengan cepat. Boleh klik post ini – channel marketing percuma untuk bisnes t-shirt printing anda. Saya ada kongsikan tempat-tempat yang anda boleh buat promosi.

Sebagai contoh jika anda adalah pelajar IPT. Sejujurnya saya beritahu anda IPT adalah lubuk untuk bisnes t-shirt printing. Kerana di IPT terdapat banyak persatuan dan group yang sangat aktif.

Mereka selalu buat event untuk IPT atau diluar. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk tawarkan servis tshirt printing ini.

Jika anda seorang penjawat awam/ swasta anda boleh mula bertanya pada rakan-rakan sekerja anda. kadang-kadang ada antara mereka yang baru nak berumahtangga atau keluarga mereka ada buat hari keluarga.

Disini peluang anda untuk tawarkan servis printing baju anda. Sebenarnya meraka sendiri tak tahu tempat untuk buat baju. Jadi kalau anda boleh tawarkan servis ini ianya akan membantu mereka.

t-shirt printing malaysia

 

Siap printing t-shirt untuk peminat Liverpool ni. Kuantiti dalam 20 helai. Pelanggan kami kali ni inginkan kelainan sikit pada design bahagian depan jadi kami cadangkan untuk buat printing gold dust yang nampak bekilat.

Jadi effect pada baju nampak lain sikit. Gold dust kami print pada bahagian depan bawah sebelah kiri baju ni.

Setelah beberapa minggu pending akhirnya tercapai juga peminat-peminat Liverpool ni bergaya dengan baju masing-masing. You will neve walk alone. Yeahh !

t-shirt printing malaysia

 

Alhamdulillah selamat siapkan tempahan t-shirt rewang keluarga Ain. Tak silap saya tempahan adalah sebanyak 30 helai. Design ni dipilih dari beberapa template design yang dah kami sediakan. Jadi pelanggan boleh pilih design dan boleh ubah warna baju ikut kesesuaian tema majlis.

Terima kasih.

Apakah channel marketing yang berkesan untuk bisnes t-shirt printing?

Seperti yang anda ketahui apabila menjalankan sesuatu bisnes antara faktor yang paling penting adalah marketing. Begitulah juga dengan bisnes t-shirt printing.

Menurut jurulatih marketing nombo 1 negara Dr Azizan Osman 9/10 berjayanya satu-satu perniagaan itu  adalah disebabkan marketing. Jadi jelas disini menunjukkan betapa marketing adalah nadi perniagaan bagi memastikan perniagaan anda untung.

Bercakap berkenaan cara untuk promosi bisnes t-shirt printing, terdapat pelbagai cara yang percuma dan berbaloi untuk anda cuba terutama pada yang baru bermula.

t-shirt printing malaysia

 

Promosi servis printing baju di Facebook

Facebook adalah website atau laman sosial yang mempunyai ramai trafik. Anda boleh mula promosikan servis anda kepada rakan-rakan dan saudara anda di Facebook.

Buat 1 post promosi dan boleh tag saudara dan rakan anda untuk memberitahu tentang servis printing baju yang sedang anda jalankan.

Selain di Facebook profile, anda juga boleh buat satu page khas untuk bisnes printing anda. Cara ini nampak lebih profesional dan serius. Invite rakan-rakan untuk like page anda.

Selain itu Facebook group juga tak patut anda abaikan. Kini terdapat banyak group promosi di Facebook. Group ini ditubuhkan khas untuk promosikan produk atau serivs anda.

Contohnya group tebaik e-store. Group ini terdapat seramai 944 000 ++ ahli (sehingga artikel ini ditulis). Apa yang saya perhatikan, jika promosi anda kena cara dalam 5 minit sahaja boleh cecah sehingga 1000++ komen.

 

Buat promosi servis printing baju di Mudah.my

Salah satu website yang dah tersedia trafik yang berminat untuk membeli adalah Mudah.my.

Ini kerana di Mudah semua mereka yang masuk dalam website ini sedang mencari barang atau servis. Jadi potensi untuk servis t-shirt printing anda dapat pelanggan adalah sangat tinggi.

Saya sendiri bermula di Mudah dan responnya sangat menggalakkan dan sejujurnya sehingga sekarang saya menggunakan Mudah sebagai salah satu medium pemasaran online.

Bertepatan dengan namanya beriklan di Mudah adalah sangat mudah. Tipsnya anda perlu menggukan gambar yang menarik dan terangkan dengan detail tentang servis t-shirt printing anda.

 

 

 

 

 

t-shirt printing malaysia

 

T-shirt printing baju memancing

Kali ni kami siapkan baju untuk Puan Zaqiya yang whatsapp kami nak printing t-shirt memancing untuk group suami dia. Kuantiti t-shirt 40 helai. Boleh tahan ramai juga group mancing suami Puan ni.

Design pun simple cuma kami tolong tracekan semula logo mancing ni sebab puan Zaqiya tak dapat sediakan vector format design ni.

Sebenarnya vector format ni adalah masalah kebanyakkan pelanggan kami. Agak teknikal untuk terangkan pada yang memang tak mempunyai asas design.

Jadi jalan penyelesaiannya kami akan tolong sediakan dan ada design fee yang akan dikenakan. Fee tak lah terlalu mahal bergantung pada tahap kesukaran sesuatu design.

 

Industri T-shirt printing di malaysia semakin berkembang dengan pesat. Kalau dulu yang buat baju ni hanya untuk event-event besar je, tapi sekarang kalau buat family day pun dah ramai yang nak buat baju.

Yelah bila pakai baju sama jalan-jalan baru semangat sikit dan senang kenal ‘geng’ sendiri. Maklumlah bila dah berjalan ramai-ramai tu ada yang tercepat, ada yang terlambat jadi bila pakai baju sama senang nak cari. Terutama si kanak-kanak riang tu. :)

 

t-shirt printing malaysia

 

 

Untuk job kali ni kami print untuk family GAH. Tap pasti pula GAH ni singkatan nama family mereka atau memang nama family ni GAH.

Design yang simple tapi mungkin ada maksud yang tertentu untuk family gah. Kebiasaan design macam  ni kami boleh siapkan dalam sehari je InsyAllah.

Semoga bergumbira kami ucapkan untuk familiy GAH :)

 

Assalamualaikum

Pertama sekali tahniah diucapkan pada penyanyi Fazli Zainal yang buat comeback dan berjaya masuk perintkat akhir GV atau Gegar Vaganza tempoh hari. Tahniah juga pada pemenang dan yang tak berjaya cuba lagi. Last minutes team Fazli call saya nak printing baju.

Memang urgent tapi nasib baik saya sempat siapkan juga tempahan. Design pun simple jadi saya tak ambil masa yang lama sangat untuk siapkan. Printing baju ni saya gunakan halftone pada bahagian depan dan printing biasa pada belakang.

 

t-shirt printing malaysia 2   t-shirt printing malaysia 5

 

 

Team Fazli tempah 50 helai kesemuanya.