Assalamualaikum. Ah ha! Seperti yang baru saya post di blog t shirt printing Malaysia sebelum ni di sini, ni pun satu lagi tempahan t shirt rewang.

Betul tak dalam post tu saya ada bagitahu yang orang Malaysia tengah sibuk nak kahwin sekarang ni ? So ni lah buktinya satu lagi job t-shirt rewang. Hehe. Macam biasa design ni pun datang dari koleksi t-shirt printing Malaysia juga.

Sebenarnya saya dapat idea nak himpunkan semua design rewang ni disebabkan customer juga. Kebiasannya orang yang tanya nak buat tshirt rewang ni tak ada design. Yelah dorang ni biasanya adalah salah seorang ahli keluarga atau si pengantin tu sendiri maybe takde basic design kan.

Jadi biasanya dorang memang tak berapa tahu bab-bab design ni. Yang biasa whatsapp saya minta saya cadangkan design atau dorang nak tengok sample t shirt rewang yang pernah saya buat.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

Sebelum saya start buat design ready made ni susah juga. Sebab ada yang saya pula nak ambil gambar bila siap. Bila nak cari balik dalam file dah lupa nama siap yang tempah. Masak!

So saya pun terfikir apa kata kalau saya buat beberapa design t-shirt kahwin yang sesuai dengan majlis kat Malaysia ni, so bila customer tanya saya boleh terus Whatsapp sample design yang dah siap.

Jadi customer tinggal nak pilih je. Design dah ada, warna baju dan warna pada design tu terpulang ikut suka hati. Selain customer dapat tengok banyak design cun melecun, saya pun dapat jimat banyak masa.

Yelah biasanya bila design satu-satu design tu customer bukan terus approve. Kena bincang dulu dengan family, tunang dan sebagainya. So saya nak kena tunggu customer lagi lepas tu nak revise design lagi. So dengan cara macam ni customer just pilih, tukar-tukar warna sikit dah boleh proceed. :)

 

 


Nak tempah t-shirt rewang ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

 

 

Alhamdulillah siap t-shirt rewang 50 helai. Team t shirt printing Malaysia minggu ni agak sibuk dengan t shirt rewang. Ramai betul orang Malaysia nak kawin.

Maklumlah minggu depan dah nak cuti sekolah jadi memang ramai yang ambil kesempatan cuti panjang ni untuk buat majlis perkahwinan.

Tempahan kali ni datang dari Saudari Yatt. Saya pun tak sure apa nama penuh dia. Yatt pilih salah satu design dari design tshirt rewang yang saya ada. Antaranya adalah :

 

t shirt printing malaysia

 

Haa Yatt pilih design bawah kanan tu. T-shirt warna hitam cuma printing Yatt nak ubah kepada warna putih. Dan tulisan ‘rewang officer’ tu ditukar kepada ‘Wedding Crew’. Design ni berubah dalam 2,3 kali sebab Yatt kena bincang dengan family members dulu katanya.

So far mudah je deal dengan Yatt ni. Bila dia mintak ubah saya ikut arahan dan akhirnya beginilah hasil yang terakhir bila dah print. Cuma gambar kat bawah ni agak lari sikit sebabkan silau cahaya matahari. Sebenarnya saya print warna merah design tu. Hehe :p

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

T-shirt dalam 50 helai ni ikutkan dalam sejam dua dah boleh siap. Itu standard masa printing. Kalau tanya mana-mana t-shirt printer Malaysia pun saya rasa dorang bersetuju dengan pendapat saya.

Cuma saya selalu janji siap dalam masa seminggu sebab que job lain. Job awal yang dah ditempah saya kena siapkan dulu tak boleh la potong que kan. :)

Contohnya job ni saya janji seminggu tapi dalam masa tak sampai pun seminggu job ni dah siap dah.

 

 

 

 

Alhamdulillah siap printing t-shirt Sash wedding dalam 50 helai. Kalau korang perasan saya ada kongsikan proses printing t shirt ni kat sini.

Ha itu masa proses printing. Yang gambar bawah ni dah siap dan dah pakai pun oleh ahli keluarga Sash ni. Sporting habis semua, terbaiklah !

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

Job ni siap dalam minggu lepas. Tak silap saya yang deal untuk t-shirt ni yang pakai tudung light pink tu Abadiah tak silap nama. Saya tak sure sebab deal pun online je dan bila dah siap abang dia yang datang ambil baju.

Tak macam saya print tshirt yang lain, baju dorang ni lain sikit design dia. Simple tapi power la orang kata kan. Maybe Family members nak design yang simple je. Mungkin boleh juga guna untuk family day ke kan, cuma wedding tu kena tampal lak kasi tutup. Hehe.

Untuk makluman anda harga untuk t-shirt macam ni – 1 warna printing, 1 side, 50 helai ke atas adalah RM10.00 sahaja sehelai. Ni harga promosi kami buat masa ni. Apa-apa perubahan akan saya maklumkan kat blog ni.

Sekian dulu geng. Salam.

 

 


Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

Salam geng. Alhamdulillah hari ni siap printing baju sample CMYK untuk saya pos. InsyAllah kalau customer puas hati dengan sample akan print 100++ helai.

Jadi sample ni kenalah buat cantik-cantik ye tak? Hehe. So seperti yang pernah saya kongsikan proses printing CMYK disini, kali ni juga saya nak kongsikan before after proses printing CMYK untuk sample ni.

 

t-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout yang telah customer setuju. Sebenarnya design ni agak bermasalah sikit sebab customer takde softcopy dari komputer.

Design yang nak print ni bukan dihasilkan menggunakan software tapi lukis tangan. Customer hanya berikan softcopy yang gambarnya diambil (gambar lukisan tersebut) menggunakan kamera.

Jadi agak sukar untuk saya dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Walaubagaimanapun saya cuba adjust mana patut dan jom kita tengok apakah hasilnya. :)

 

t-shirt printing malaysia

Seperti biasa saya akan masukkan warna putih dahulu untuk t-shirt berwarna. Ini bertujuan sebagai ‘base’ pada t-shirt supaya warna-warna lain boleh melekat padanya.

 

t-shirt printing malaysia

Selepas itu saya masukkan warna pertama dari CMYK iaitu biru yang mewakili huruf C = Cyan.

 

t-shirt printing malaysia

Langkah ketiga adalah masukkan warna merah yang mewakili huruf M=Margenta.

 

t-shirt printing malaysia

Seterusnya adalah warna kuning. Mungkin anda tak berapa nampak apa yang berubah. Tapi cuba perhatikan pada bahagian bendera Syria bawah belah kiri tu, bendera tu dah bertukar warna hijau hasil dari campuran warna merah dan kuning. Jika sebelum ini masa warna merah dimasukkan bendera tersebut berwarna biru.

 

t-shirt printing malaysia

Dan warna yang terakhir adalah hitam yang mewakili huruf = K.

So far design ni agak mudah untuk saya hasilkan. Saya hanya buat 1 sample sahaja dan dah puas hati. Mungkin kalau ada penambahbaikan pun pada warna biru saya akan terangkan sikit lagi untuk timbulkan lagi warna biru.

Alhamdulillah sample baju ni pun dah selamat diposlajukan pada customer. Mungkin lusa sample akan sampai dan sama-sama kita nantikan keputusannya.

Harap-harap customer setuju dengan sample tu dan boleh terus proceed order. Doakan saya ye. Amiin !

Alhamdulillah siap printing baju 110 helai untuk family day syarikat. Baju warna darkpurple campur size dewasa dan kanak-kanak.

Susah sikit bila ada oder baju budak ni sebab saya terpaksa berjalan jauh ke kota lumpur disebabkan supplier terdekat kat area Ampang ni kebanyakkan takde stok baju budak.

Ada 1 supplier yang ok, Rians. Tapi masalahnya stok selalu putus. Selalu juga pesan kat bos dia supaya kerap update stok baju budak dan size besar sebab bila customer nak buat baju rewang, family day, reunion mesti ada baju untuk budak.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

Harap-harap lepas ni stok baju budak tak putus lagi kat supplier ni. Kat Ampang Rians ni je satu-satunya yang ada baju budak dan kualiti kain pun bagus.

Ok berbalik pada baju family day ni, kali ni dapat tempahan agak banyak 110 helai. Mungkin sebab untuk syarikat jadi jumlah staf mungkin ramai. Lepas tu campur dengan family staf lagi kan bertambah la ramainya.

Design ni simple je. Mula-mula saya ada proposed design pada customer tapi kena rejek, Haha. Maybe tak menepati tema syarikat kot.

Ahkirnya customer buat design sendiri dan saya just siapkan vector format untuk buat filem. Ada dalam 20++ helai ada letak nama kat belakang. Tapi sorry tak sempat lak nak snap gambar masa proses printing baju

Alhamdulillah job ni dapat siap dalam masa sehari je. So sekarang saya tengah free, ada lagi nak tempah t-shirt ? :D

 

 


 

 

Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

Salam semua, Alhamdulillah siap printing t-shirt rewang. Apa yang menarik t-shirt rewang kali ni design lain sikit.

Tak macam kebiasaan, design kali ni agak moden & simple je. Sekali saya tengok pun dah tertarik. Design pun hanya menggunakan 1 warna printing je. So selain simple harga pun murah! hehe.

Design ni diberi oleh customer sendiri, jadi prosesnya agak mudah dan cepat.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

Saya cuma download font style yang digunakan dalam design sebab dalam laptop takde font style ni. Customer taknak design nampak terlalu rendah jadi saya setkan 2.5 inch dari collar baju. Kebiasaannya saya buat dalam 3 inch.

 

 


 

 

Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

Salam kali ni nak cerita printing t-shirt seminar Sifu FB Ads. Tapi bukan t-shirt untuk seminar tapi t-shirt untuk crew seminar.

Semuanya berjumlah 100 helai tapi 50 helai dah ditempah awal untuk kegunaan. Ini adalah baki lagi 50 helai untuk seminar nanti. InsyAllah seminar akan berlangsung pada 28 & 29 Fabruary ni di dewan MCA Jalan Ampang KL.

Teringin gak nak join seminar ni katanya ilmu FB Ads dalam seminar ni power. Cuma masih belum berkesempatan lagi. InsyAllah satu hari nanti akan turut serta juga. Jom saya belanja gambar sekeping dua. Hee :)

 

t-shirt printing malaysia

Ni bahagian depan baju. Tertera dengan megah nama company disitu. (eh, sape lak yang tersengih-sengih tu? ) :p

 

t-shirt-printing-malaysia

Ni pula gambar belakang baju.

Saya ucapkan selamat menuntut ilmu pada mereka yang join seminar ni nanti. Moga anda kaya dan berjaya !

Assalamua’laikum. Sebelum terlupa saya nak war-warkan pada sesiapa yang berminat dapatkan harga t-shirt printing murah saya kini ada buka peluang  untuk pengambilan agent.

Jadi anda boleh buat promosi servis t-shirt printing dan boleh hantar job pada saya dan saya akan berikan special agent price pada anda.

Berikut adalah job agent saya yang sedang kami siapkan.

 

T-shirt printing malaysia

 

T-shirt printing malaysia

 

Kelebihan jadi agent saya InsyAllah dalam masa terdekat saya akan invite dalam FB group untuk kita sama-sama berbincang cara untuk buat promosi yang berkesan.

Apa masalah atau sebarang pertanyaan yang anda tak faham tentang bisnes t-shirt printing boleh tanya dan kongsi-kongsi dalam group tersebut. Berminat nak jadi agent? Boleh whatsapp ke no – 01125570746

 

 


Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

Kepakaran saya adalah menyediakan servis t-shirt printing di seluruh Malaysia. Berpengalaman mengendalikan job printing hingga 3500 helai dalam satu-satu masa.

Saya juga berkemampuan menyiapkan tempahan anda dalam masa yang singkat tanpa mengenakan sebarang charge tambahan untuk urgent job. Ini adalah antara USP yang cuba saya berikan supaya bisnes saya berbeza dari yang lain.

Selain itu ia juga sebagai salah satu tanda penghargaan saya pada anda yang menyokong perniagaan saya.

Bagi menambah nilai dalam setiap tempahan anda, baru-baru ini team saya telah berbincang untuk berikan ‘hadiah’ penghantaran PERCUMA ke seluruh semenanjung Malaysia.

 

t-shirt printing malaysia

 

 

Kalau sebelum ini setiap penghantaran saya akan kenakan bayaran (bergantung pada kadar semasa syarikat pos), tapi untuk tahun 2015 saya akan tawarkan pos PERCUMA ke semenanjung Malaysia.

Buat masa ini ianya hanya layak untuk tempahan 50 helai ke atas sahaja. Bagaimanapun saya akan cuba update apa-apa perkembangan jika ada apa-apa perubahan.

Dengan promosi terbaru ni anda boleh jimat hingga puluhan ringgit untuk kos pos. Jadi pada anda yang berada di luar lembah klang jika susah nak datang ke kedai boleh tempah online sahaja dan bila tempahan siap saya akan terus pos tanpa apa-apa kos tambahan.

Antara sebab saya tawarkan promosi ini adalah sebelum ni ada pelanggan yang agak terbeban dengan kos pos yang agak tinggi (bila tempahan banyak). Selalunya pelajar sekolah dan kolej.

Pelajar kolej agak kerap buat t-shirt. Ada yang tempah untuk kelas, ada juga yang tempah untuk group, persatuan dan sebagainya. Mereka ni selalunya tak punya bajet yang tinggi, selalunya bajet cukup-cukup untuk t-shirt sahaja.

Jadi prihatin dengan masalah mereka secara umumnya dan masalah pelanggan yang jauh dari KL khususnya saya tampil dengan tawaran berikut. Semoga promosi ni dapat meringankan sedikit beban kos pos yang anda tanggung.

 

 


 

Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

 

 

Nampaknya lepas team kaki fly buat baju konvoi hari tu kat sini, team Bella pun nak buat juga. Team ni dorang printing baju 59 helai.

Kalau team Kaki Fly buat kat Melaka, team Bella pula buat konvoi pergi cherating. Bestnya rasa nak join pun ada. hehe.

Team ni agak mudah sikit sebab design dah ada dah saiz design pun cun, agak besar. Bukan apa kalau design besar-besar ni saya nak printing dengan riang ria hari raya.

Sebab hasilnya InsyAllah terbaik dan details. Jadi customer puas hati tukang print lagi lah puas hati kan. Kebanyakkan yang bagi design copy paste dari internet ni yang masalah sikit. Resolution gambar dari internet ni kebanyakkannya kecik so bila print dikhuatiri hancuss.

Berikut adalah sample layout yang telah dipersetujui oleh ahli team konvoi.

 

printing baju

Ni pula hasil yang dah print. Bahagian depan.

 

printing baju

 

 

Ni bahagian belakang.

 

printing baju

 

 

Bila dah ok, lets roll. Hehehe.

 

printing baju

 

Maaf gambar agak blur. Budak saya yang ambil gambar ni mungkin sedang melompat kegirangan sebab printing CMYK ni menjadi. Hehe.

 


 

Nak printing baju ?

Kami menawarkan servis printing baju berkualiti dengan harga yang berpatutan di sekitar Ampang. Pada yang berada di luar lembah klang jangan risau kami juga tawarkan FREE POS ke semenanjung Malaysia (TERHAD).

Sila hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan :

Phone : 019 3067885 (whatsapp/ telegram untuk respon segera)

Email : tshirtchef@gmail.com (respon dalam 24jam)