Bisnes printing baju sebenarnya tak semestinya anda perlu buat sepenuh masa. Ramai agen kami terdiri daripada pelajar IPT, penjawat awam/swasta dan ada juga hanya sebagai suri rumah.

Ini kerana bisnes printing ni agak mudah. Anda tak perlu ada kilang sendiri atau kedai sendiri untuk buat production dan sebagainya. Malah boleh mula bisnes tshirt printing anda dengan zero modal.

Apa yang penting anda hanya perlu buat promosi untuk dapatkan order dari pelanggan. Hal-hal printing baju anda serahkan pada kilang.

 

t-shirt printing malaysia

 

Zaman sekarang ni terdapat banyak laman social yang sangat berpotensi untuk anda dapatkan pelanggan dengan cepat. Boleh klik post ini – channel marketing percuma untuk bisnes t-shirt printing anda. Saya ada kongsikan tempat-tempat yang anda boleh buat promosi.

Sebagai contoh jika anda adalah pelajar IPT. Sejujurnya saya beritahu anda IPT adalah lubuk untuk bisnes t-shirt printing. Kerana di IPT terdapat banyak persatuan dan group yang sangat aktif.

Mereka selalu buat event untuk IPT atau diluar. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk tawarkan servis tshirt printing ini.

Jika anda seorang penjawat awam/ swasta anda boleh mula bertanya pada rakan-rakan sekerja anda. kadang-kadang ada antara mereka yang baru nak berumahtangga atau keluarga mereka ada buat hari keluarga.

Disini peluang anda untuk tawarkan servis printing baju anda. Sebenarnya meraka sendiri tak tahu tempat untuk buat baju. Jadi kalau anda boleh tawarkan servis ini ianya akan membantu mereka.

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation