Alhamdulillah siap dah printing t shirt family day keluarga Daud. Design ni printing 2 warna je so dapat murah sikit. Rasanya design ni saya dah pernah buat dulu tapi tak ingat bila. Rupanya popular gak design ni ye hehe.

Tema dorang kali ni ialah tshirt dar purple difahamkan family day ni nak buat lepas merdeka nanti tapi brader yang datang jumpa saya ni dah deal sejak sebelum puasa lagi. Patutnya dah nak confirm job lepas raya tapi tetiba ada pula family members lain yang nak tambah size, nak tukar size macam-macam haha.

Saya pun tergelak bila sembang dengan brader ni sebab dia pun cakap dia pening kepala nak melayan karenah sorang-sorang. Biasalah tu bila makin ramai ahli lagi banyak la perangai yela maybe masing-masing agak sibuk dengan urusan so nak bagi size pun takde masa agaknya :)

 

t shrit printing murah

 

t shrit printing murah

 

 

Design tshirt ni simpel je hanya gunakan 2 warna printing dan printing hanya pada bahagian depan sahaja. Design pun hanya tulisan je so saya pun tak ambil banyak masa sangat nak siapkan. Pada mulanya tempahan hany 50 helai tapi last minutes dah jadi 60 helai Alhamdulillah.

Oklah sampai sini je buat masa ni penat tau nak taip panjang-panjang. Haha! Bye!

 

 


 

Untuk tempahan wasap design & kuantiti ke : 019 3067885

Alhamdulillah rezeki kali ni. Siap printing t shirt family day dalam 50 helai total. Harga untuk design ni saya kira murah je RM10.00 je untuk 50 helai.

Saya tak ingat berapa total customer ni tempah tapi lebih 50 helai so dapatlah harga special murah kami tu hehe. Design untuk family ni simple je, printing 1 warna bahagian depan. Belakang kosong je tiada printing.

Cuma mungkin sebab nak asingkan ikut family masing-masing customer saya request untuk setiap family mereka nak guna baju warna lain.

 

t-shirt printing murah

 

 

Kalau anda dapat lihat ada dalam 3 warna berbeza untuk setiap family. Sempoi juga idea mereka sebab selalunya family day akan buat 1 warna tema yang sama je tapi kali ni berbeza sikit.

Nak printing t shirt murah? Jom whatsapp saya details anda ke no – 019 3067885

InsyAllah saya berikan servis yang terbaik! :)

Salam.

Alhamdulillah. Dapat close job 119 helai ni. Team T-shirt Printing Malaysia pernah post beberapa minggu lepas tentang sample job ni disini.

Jadi rezeki Allah nak bagi kami dapat job ni. Customer puas hati dengan sample hari tu dan nak proceed. Cuma sample hari tu kami printing bawah sangat jadi customer mintak ataskan sikit.

Lepas deal, customer setuju untuk print 5 inci ke bawah start dari collar baju. Jadi saya yang menurut perintah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Hehe.

 

T-shirt printing malaysia

 

 

Total tempahan adalah 119 helai dan ada 8 helai customer nak printing belakang berbanding 111 lainnya semua kosong kat depan. Belakang hanya 1 warna printing je tapi maaf saya tak sempat lak nak ambil gambar belakang tu.

Disebabkan warna baju yang dipilih adala lebih 10 dan saiz yang berlainan, banyak kali juga saya dipesan oleh customer untuk tak buat silap. Terutama baju yang ada printing di bahagian belakang. Cuak la juga sebab dah pesan banyak kali kan, sekali silap naya woo. So far Alhamdulillah tak silap :)

Yang menarik, saya dapat full payment woo! Tak main deposit. Terbaik dan jutaan terima kasih kerana sangat percayakan saya. InsyAllah amanah yang diberi akan saya jaga sebaiknya. Alhamdulillah job ni dah siap pun. Isnin depan saya akan hubungi customer untuk datang ambil baju.

Cuma nak bagitau sikit pada bakal pelanggan saya. InsyAllah sebarang tempahan anda selamat dengan kami. Sejujurnya bohonglah kalau saya tak pernah silap ambil order atau tersilap printing t shirt. Itu normal. Saya akan cuba sedaya upaya kurangkan kesilapan.

Tapi apa yang saya boleh janji, setiap kesilapan printing saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jangan risau. Tujuan berniaga adalah nak membantu pelanggan dapatkan apa mereka mahu bukan keuntungan semata-mata.

Jadi bila niat dah nak membantu saya tak akan biarkan jika kesilapan tu dari saya.

Terima kasih! :)

 

 

 


 

Nak tempah t-shirt ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

Assalamualaikum. Ah ha! Seperti yang baru saya post di blog t shirt printing Malaysia sebelum ni di sini, ni pun satu lagi tempahan t shirt rewang.

Betul tak dalam post tu saya ada bagitahu yang orang Malaysia tengah sibuk nak kahwin sekarang ni ? So ni lah buktinya satu lagi job t-shirt rewang. Hehe. Macam biasa design ni pun datang dari koleksi t-shirt printing Malaysia juga.

Sebenarnya saya dapat idea nak himpunkan semua design rewang ni disebabkan customer juga. Kebiasannya orang yang tanya nak buat tshirt rewang ni tak ada design. Yelah dorang ni biasanya adalah salah seorang ahli keluarga atau si pengantin tu sendiri maybe takde basic design kan.

Jadi biasanya dorang memang tak berapa tahu bab-bab design ni. Yang biasa whatsapp saya minta saya cadangkan design atau dorang nak tengok sample t shirt rewang yang pernah saya buat.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

Sebelum saya start buat design ready made ni susah juga. Sebab ada yang saya pula nak ambil gambar bila siap. Bila nak cari balik dalam file dah lupa nama siap yang tempah. Masak!

So saya pun terfikir apa kata kalau saya buat beberapa design t-shirt kahwin yang sesuai dengan majlis kat Malaysia ni, so bila customer tanya saya boleh terus Whatsapp sample design yang dah siap.

Jadi customer tinggal nak pilih je. Design dah ada, warna baju dan warna pada design tu terpulang ikut suka hati. Selain customer dapat tengok banyak design cun melecun, saya pun dapat jimat banyak masa.

Yelah biasanya bila design satu-satu design tu customer bukan terus approve. Kena bincang dulu dengan family, tunang dan sebagainya. So saya nak kena tunggu customer lagi lepas tu nak revise design lagi. So dengan cara macam ni customer just pilih, tukar-tukar warna sikit dah boleh proceed. :)

 

 


Nak tempah t-shirt rewang ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

 

 

Alhamdulillah siap t-shirt rewang 50 helai. Team t shirt printing Malaysia minggu ni agak sibuk dengan t shirt rewang. Ramai betul orang Malaysia nak kawin.

Maklumlah minggu depan dah nak cuti sekolah jadi memang ramai yang ambil kesempatan cuti panjang ni untuk buat majlis perkahwinan.

Tempahan kali ni datang dari Saudari Yatt. Saya pun tak sure apa nama penuh dia. Yatt pilih salah satu design dari design tshirt rewang yang saya ada. Antaranya adalah :

 

t shirt printing malaysia

 

Haa Yatt pilih design bawah kanan tu. T-shirt warna hitam cuma printing Yatt nak ubah kepada warna putih. Dan tulisan ‘rewang officer’ tu ditukar kepada ‘Wedding Crew’. Design ni berubah dalam 2,3 kali sebab Yatt kena bincang dengan family members dulu katanya.

So far mudah je deal dengan Yatt ni. Bila dia mintak ubah saya ikut arahan dan akhirnya beginilah hasil yang terakhir bila dah print. Cuma gambar kat bawah ni agak lari sikit sebabkan silau cahaya matahari. Sebenarnya saya print warna merah design tu. Hehe :p

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

T-shirt dalam 50 helai ni ikutkan dalam sejam dua dah boleh siap. Itu standard masa printing. Kalau tanya mana-mana t-shirt printer Malaysia pun saya rasa dorang bersetuju dengan pendapat saya.

Cuma saya selalu janji siap dalam masa seminggu sebab que job lain. Job awal yang dah ditempah saya kena siapkan dulu tak boleh la potong que kan. :)

Contohnya job ni saya janji seminggu tapi dalam masa tak sampai pun seminggu job ni dah siap dah.

 

 

 

 

Kepakaran saya adalah menyediakan servis t-shirt printing di seluruh Malaysia. Berpengalaman mengendalikan job printing hingga 3500 helai dalam satu-satu masa.

Saya juga berkemampuan menyiapkan tempahan anda dalam masa yang singkat tanpa mengenakan sebarang charge tambahan untuk urgent job. Ini adalah antara USP yang cuba saya berikan supaya bisnes saya berbeza dari yang lain.

Selain itu ia juga sebagai salah satu tanda penghargaan saya pada anda yang menyokong perniagaan saya.

Bagi menambah nilai dalam setiap tempahan anda, baru-baru ini team saya telah berbincang untuk berikan ‘hadiah’ penghantaran PERCUMA ke seluruh semenanjung Malaysia.

 

t-shirt printing malaysia

 

 

Kalau sebelum ini setiap penghantaran saya akan kenakan bayaran (bergantung pada kadar semasa syarikat pos), tapi untuk tahun 2015 saya akan tawarkan pos PERCUMA ke semenanjung Malaysia.

Buat masa ini ianya hanya layak untuk tempahan 50 helai ke atas sahaja. Bagaimanapun saya akan cuba update apa-apa perkembangan jika ada apa-apa perubahan.

Dengan promosi terbaru ni anda boleh jimat hingga puluhan ringgit untuk kos pos. Jadi pada anda yang berada di luar lembah klang jika susah nak datang ke kedai boleh tempah online sahaja dan bila tempahan siap saya akan terus pos tanpa apa-apa kos tambahan.

Antara sebab saya tawarkan promosi ini adalah sebelum ni ada pelanggan yang agak terbeban dengan kos pos yang agak tinggi (bila tempahan banyak). Selalunya pelajar sekolah dan kolej.

Pelajar kolej agak kerap buat t-shirt. Ada yang tempah untuk kelas, ada juga yang tempah untuk group, persatuan dan sebagainya. Mereka ni selalunya tak punya bajet yang tinggi, selalunya bajet cukup-cukup untuk t-shirt sahaja.

Jadi prihatin dengan masalah mereka secara umumnya dan masalah pelanggan yang jauh dari KL khususnya saya tampil dengan tawaran berikut. Semoga promosi ni dapat meringankan sedikit beban kos pos yang anda tanggung.

 

 


 

Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90