Salam geng. Alhamdulillah hari ni siap printing baju sample CMYK untuk saya pos. InsyAllah kalau customer puas hati dengan sample akan print 100++ helai.

Jadi sample ni kenalah buat cantik-cantik ye tak? Hehe. So seperti yang pernah saya kongsikan proses printing CMYK disini, kali ni juga saya nak kongsikan before after proses printing CMYK untuk sample ni.

 

t-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout yang telah customer setuju. Sebenarnya design ni agak bermasalah sikit sebab customer takde softcopy dari komputer.

Design yang nak print ni bukan dihasilkan menggunakan software tapi lukis tangan. Customer hanya berikan softcopy yang gambarnya diambil (gambar lukisan tersebut) menggunakan kamera.

Jadi agak sukar untuk saya dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Walaubagaimanapun saya cuba adjust mana patut dan jom kita tengok apakah hasilnya. :)

 

t-shirt printing malaysia

Seperti biasa saya akan masukkan warna putih dahulu untuk t-shirt berwarna. Ini bertujuan sebagai ‘base’ pada t-shirt supaya warna-warna lain boleh melekat padanya.

 

t-shirt printing malaysia

Selepas itu saya masukkan warna pertama dari CMYK iaitu biru yang mewakili huruf C = Cyan.

 

t-shirt printing malaysia

Langkah ketiga adalah masukkan warna merah yang mewakili huruf M=Margenta.

 

t-shirt printing malaysia

Seterusnya adalah warna kuning. Mungkin anda tak berapa nampak apa yang berubah. Tapi cuba perhatikan pada bahagian bendera Syria bawah belah kiri tu, bendera tu dah bertukar warna hijau hasil dari campuran warna merah dan kuning. Jika sebelum ini masa warna merah dimasukkan bendera tersebut berwarna biru.

 

t-shirt printing malaysia

Dan warna yang terakhir adalah hitam yang mewakili huruf = K.

So far design ni agak mudah untuk saya hasilkan. Saya hanya buat 1 sample sahaja dan dah puas hati. Mungkin kalau ada penambahbaikan pun pada warna biru saya akan terangkan sikit lagi untuk timbulkan lagi warna biru.

Alhamdulillah sample baju ni pun dah selamat diposlajukan pada customer. Mungkin lusa sample akan sampai dan sama-sama kita nantikan keputusannya.

Harap-harap customer setuju dengan sample tu dan boleh terus proceed order. Doakan saya ye. Amiin !

Assalamualaikum. Kali ni saya tengah buat sample untuk printing baju guna teknik CMYK. Bila design ada toning atau terlalu banyak warna macam ni kena buat CMYK. Ini juga bagi membantu jimatkan kos pelanggan. Bila kos jimat pelanggan lagi suka la kan?

CMYK ni gabungan printing menggunakan warna basic seperti Biru (C), Margenta (M), yellow (Y) dan hitam (K). Jangan tanya kenapa C mewakili biru dan K mewakili hitam ye sebab saya pun tak tahu hehe. Sejak azali lagi memang dikenali macam ni.

Ok saya tunjukkan sample printing dari 1 warna ke 1 warna sehingga siap seperti design yang pelanggan mahukan. Ready ?

T-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout softcopy yang telah dipersetujui pelanggan. Lepas confirm maka proses printing untuk sample pun bermula. Untuk sample saya tak jumpa baju kuning di kilang jadi terpaksa gunakan warna lain. Tujuan hanya nak tengok warna printing je jadi tak ada masalah sangat walau baju warna lain.

So kita tengok jadi ke tak? Hehe.

 

t-shirt printing malaysia

Proses pertama adalah buat base dulu dengan menggunakan warna putih. Kalau t-shirt putih tak perlu buat base macam saya buat kat sini.

 

t-shirt printing malaysia

Proses kedua masukkan warna biru pula.

 


t-shirt printing malaysia

Proses ketiga masukkan warna merah pula

 

t-shirt printing malaysia

Proses seterusnya iaitu yang keempat masukkan warna kuning. Kalau anda perasan pada proses keempat ni dah boleh nampak design yang pelanggan nak. Boleh kata 85% dah siap dah design ni. Cuma proses terakhir saya akan masukkan warna hitam untuk pekatkan lagi dan boldkan outlline hitam yang terdapat pada design ni.

 

t-shirt printing malaysia

Akhirnya. Inilah hasilnya setelah kesemua 5 warna dimasukkan. Alhamdulillah sample ni memuaskan hati. Jadi boleh proceed.

 

t-shirt printing malaysia

So kita boleh proceed untuk printing semuanya. Total order dari pelanggan kali ni ialah 41 helai. Ini bahagian depan.

t-shirt printing malaysia

Ini bahagian belakang. Jadi siaplah proses printing untuk baju ‘Ride To Malacca’ ini. Semoga semua ahli kelab gembira dengan t-shrit mereka. Ride safely ok. :)