tshirt printing murah

 

 

Alhamdulillah kami banyak terima tempahan tshirt printing sepanjang 2016 ni. Untuk bulan ni kami ada promosi YES 2016 tshirt printing murah je.

Promosi ni bukan selalu kami buat khas pada hujung bulan December setiap tahun. Jadi pada anda yang nak dapatkan harga tshirt printing murah inilah masa yang sesuai. Hehe. Berapa murah bila YES ni? Ok jom saya share sikit harganya :

HARGA PROMOSI YES 2016 :

  • 20 – 29 helai = RM17.00 RM15.00 sahaja!
  • 30 – 49 helai = RM14.00 RM10.00 sahaja!
  • 50 helai keatas = RM12.00 RM9.00 sahaja!

 

WOW! Memang gempak kan harganya? Promosi kaw-kaw punya untuk YES 2016 ni. Biasanya time hujung-hujung tahun ni ramai yang akan buat tshirt untuk kenduri kahwin, family day dan reunion. So inilah masanya untuk anda dapatkan harga yang murah untuk printing tshirt.

Kami faham event-event macam ni biasanya baju akan dipakai sekali je. Jadi mungkin anda tak perlukan baju yang high grade atau yang berharga premium. Cukup sekadar ada sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi kami. TERHAD sehingga 31 Dec 2016 sahaja.

 

 

 

 

Salam geng. Alhamdulillah hari ni siap printing baju sample CMYK untuk saya pos. InsyAllah kalau customer puas hati dengan sample akan print 100++ helai.

Jadi sample ni kenalah buat cantik-cantik ye tak? Hehe. So seperti yang pernah saya kongsikan proses printing CMYK disini, kali ni juga saya nak kongsikan before after proses printing CMYK untuk sample ni.

 

t-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout yang telah customer setuju. Sebenarnya design ni agak bermasalah sikit sebab customer takde softcopy dari komputer.

Design yang nak print ni bukan dihasilkan menggunakan software tapi lukis tangan. Customer hanya berikan softcopy yang gambarnya diambil (gambar lukisan tersebut) menggunakan kamera.

Jadi agak sukar untuk saya dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Walaubagaimanapun saya cuba adjust mana patut dan jom kita tengok apakah hasilnya. :)

 

t-shirt printing malaysia

Seperti biasa saya akan masukkan warna putih dahulu untuk t-shirt berwarna. Ini bertujuan sebagai ‘base’ pada t-shirt supaya warna-warna lain boleh melekat padanya.

 

t-shirt printing malaysia

Selepas itu saya masukkan warna pertama dari CMYK iaitu biru yang mewakili huruf C = Cyan.

 

t-shirt printing malaysia

Langkah ketiga adalah masukkan warna merah yang mewakili huruf M=Margenta.

 

t-shirt printing malaysia

Seterusnya adalah warna kuning. Mungkin anda tak berapa nampak apa yang berubah. Tapi cuba perhatikan pada bahagian bendera Syria bawah belah kiri tu, bendera tu dah bertukar warna hijau hasil dari campuran warna merah dan kuning. Jika sebelum ini masa warna merah dimasukkan bendera tersebut berwarna biru.

 

t-shirt printing malaysia

Dan warna yang terakhir adalah hitam yang mewakili huruf = K.

So far design ni agak mudah untuk saya hasilkan. Saya hanya buat 1 sample sahaja dan dah puas hati. Mungkin kalau ada penambahbaikan pun pada warna biru saya akan terangkan sikit lagi untuk timbulkan lagi warna biru.

Alhamdulillah sample baju ni pun dah selamat diposlajukan pada customer. Mungkin lusa sample akan sampai dan sama-sama kita nantikan keputusannya.

Harap-harap customer setuju dengan sample tu dan boleh terus proceed order. Doakan saya ye. Amiin !

Alhamdulillah siap printing baju 110 helai untuk family day syarikat. Baju warna darkpurple campur size dewasa dan kanak-kanak.

Susah sikit bila ada oder baju budak ni sebab saya terpaksa berjalan jauh ke kota lumpur disebabkan supplier terdekat kat area Ampang ni kebanyakkan takde stok baju budak.

Ada 1 supplier yang ok, Rians. Tapi masalahnya stok selalu putus. Selalu juga pesan kat bos dia supaya kerap update stok baju budak dan size besar sebab bila customer nak buat baju rewang, family day, reunion mesti ada baju untuk budak.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

Harap-harap lepas ni stok baju budak tak putus lagi kat supplier ni. Kat Ampang Rians ni je satu-satunya yang ada baju budak dan kualiti kain pun bagus.

Ok berbalik pada baju family day ni, kali ni dapat tempahan agak banyak 110 helai. Mungkin sebab untuk syarikat jadi jumlah staf mungkin ramai. Lepas tu campur dengan family staf lagi kan bertambah la ramainya.

Design ni simple je. Mula-mula saya ada proposed design pada customer tapi kena rejek, Haha. Maybe tak menepati tema syarikat kot.

Ahkirnya customer buat design sendiri dan saya just siapkan vector format untuk buat filem. Ada dalam 20++ helai ada letak nama kat belakang. Tapi sorry tak sempat lak nak snap gambar masa proses printing baju

Alhamdulillah job ni dapat siap dalam masa sehari je. So sekarang saya tengah free, ada lagi nak tempah t-shirt ? :D

 

 


 

 

Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

Nampaknya lepas team kaki fly buat baju konvoi hari tu kat sini, team Bella pun nak buat juga. Team ni dorang printing baju 59 helai.

Kalau team Kaki Fly buat kat Melaka, team Bella pula buat konvoi pergi cherating. Bestnya rasa nak join pun ada. hehe.

Team ni agak mudah sikit sebab design dah ada dah saiz design pun cun, agak besar. Bukan apa kalau design besar-besar ni saya nak printing dengan riang ria hari raya.

Sebab hasilnya InsyAllah terbaik dan details. Jadi customer puas hati tukang print lagi lah puas hati kan. Kebanyakkan yang bagi design copy paste dari internet ni yang masalah sikit. Resolution gambar dari internet ni kebanyakkannya kecik so bila print dikhuatiri hancuss.

Berikut adalah sample layout yang telah dipersetujui oleh ahli team konvoi.

 

printing baju

Ni pula hasil yang dah print. Bahagian depan.

 

printing baju

 

 

Ni bahagian belakang.

 

printing baju

 

 

Bila dah ok, lets roll. Hehehe.

 

printing baju

 

Maaf gambar agak blur. Budak saya yang ambil gambar ni mungkin sedang melompat kegirangan sebab printing CMYK ni menjadi. Hehe.

 


 

Nak printing baju ?

Kami menawarkan servis printing baju berkualiti dengan harga yang berpatutan di sekitar Ampang. Pada yang berada di luar lembah klang jangan risau kami juga tawarkan FREE POS ke semenanjung Malaysia (TERHAD).

Sila hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan :

Phone : 019 3067885 (whatsapp/ telegram untuk respon segera)

Email : tshirtchef@gmail.com (respon dalam 24jam)

 

t-shirt-printing-malaysia

 

Alhamdulillah baru siapkan t-shirt untuk family day keluarga Jaharuddin.

Senang berurusan. Printing kali ni pelanggan nak print gold dust untuk nampak effect kilat pada design printing. Printing gold dust ni walau hanya print design simple pun akan nampak ‘lain’ sebabkan effect kilat yang akan terhasil.

Harap pelanggan berpuas hati dengan kualiti yang telah t shirt printing malaysia berikan.

Terima Kasih. :)

 

T shirt Printing Malaysia 

—————
Kami pakar dalam menyediakan :
-Tshirt rewang
-Tshirt family day
-Tshirt kelas
-Tshirt I AM
-Tshirt reunion
– F1 uniform
Custom made

Whtsapp – 019 3067885
Email – tpmalaysia14@gmail.com
Web – www.tshirtprintingmalaysia.com