Salam geng. Ada ke yang berminat nak printing t shirt family day murah? Kalau anda berminat tahniah sebab anda berada di tempat yang betul hehe.

Range harga saya still boleh dapat RM10.00 t shirt siap dengan printing sekali, murah kan? Tapi ada terma dan syarat la. Tapi setakat nak buat untuk family day memang boleh sangat dapat harga macam tu.

RM10.00 sehelai ni dah termasuk semua kos GST ke apa-apa yang berkaitan. Jadi tak perlu risau ada kos tersembunyi lagi. hehe. Ni saya belanja sikit gambar customer saya yang pernah printing tshirt dengan saya.

 

t shirt printing murah

 

So pada anda yang berminat nak dapatkan servis t-shirt printing murah jangan segan silu terus call atau whatsapp (prefer) ke no tertera di bawah hokayy! :)

 


 

Whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia@gmail.com

 

T Shirt printing murah ada lagi ke di KL ni? Zaman sekarang ni semua harga naik, dengan GST lagi takkan harga printing t shirt turun pula?

Sebenarnya ramai yang whatsapp tanya harga nak murah. Soalan tu sebenarnya sangat subjektif. Saya sendiri tak boleh jawab on the spot bab-bab harga murah ni.

Sebab apa?

Sebab saya tak boleh bagi harga murah selagi saya tak tau details tempahan. Seperti kuantiti baju berapa helai? Nak printing berapa side? Printing berapa warna? Ini semua antara details yang saya perlukan bagi penetapan harga satu-satu tempahan tu.

Ini juga faktor satu-satu tempahan tu boleh dapat harga murah atau sebaliknya. :)

Eh, banyak pula membebel. Sebenarnya antara pelanggan yang suka tanya bab harga murah ni ialah pelajar sekolah. So kebetulan saya nak post pasa satu job t shirt sekolah ni terus teringat pasal budak sekolah suka harga murah terus terbebel sekejap :p

tshirt printing murah kl

tshirt printing murah kl

 

 

Ok job kali ni dari adik Nur Dania. Dia tempah dalam 25 helai tak silap saya. Nampak gayanya design no besar dan dalam no ada tulisan nama budak 1 kelas ni makin popular.

Sebenarnya design ni ada sorang budak tempah dengan saya dalam bulan Mac tak silap. Lepas tu bila saya post kat instagram ramai pula yang PM cakap berminat dan nak buat design yang sama.

Yelah selalunya kalau letak nama kat belakang baju tu just susun biasa je. Tapi design ni agak kreatif juga sebab susun ikut bentuk nombor.

Sekian dulu untuk kali ni. Babai! :)

 

Nak tempah baju? Whatsapp details anda ke – 019 3067885

 

Alhamdulillah rezeki kali ni. Siap printing t shirt family day dalam 50 helai total. Harga untuk design ni saya kira murah je RM10.00 je untuk 50 helai.

Saya tak ingat berapa total customer ni tempah tapi lebih 50 helai so dapatlah harga special murah kami tu hehe. Design untuk family ni simple je, printing 1 warna bahagian depan. Belakang kosong je tiada printing.

Cuma mungkin sebab nak asingkan ikut family masing-masing customer saya request untuk setiap family mereka nak guna baju warna lain.

 

t-shirt printing murah

 

 

Kalau anda dapat lihat ada dalam 3 warna berbeza untuk setiap family. Sempoi juga idea mereka sebab selalunya family day akan buat 1 warna tema yang sama je tapi kali ni berbeza sikit.

Nak printing t shirt murah? Jom whatsapp saya details anda ke no – 019 3067885

InsyAllah saya berikan servis yang terbaik! :)

Salam.

tshirt printing malaysia

 

Alhamdulillah rezeki. Dapat siapkan tshirt family day 40 helai. Customer ni dah lama dah deal dan bayar deposit. Tapi mungkin sebabkan event dia lambat lagi so dia nak saya siapkan t shirt dia hujung bulan May.

Satu lagi dia juga nak kirimkan romper sehelai untuk saya print. Tapi saat akhir dia tak dapat cari dan tunda pada lain masa.

Design baju ni simple je hanya 1 warna printing depan dan belakang. Printing pun text je so Alhamdulillah tiada masalah untuk saya siapkan.

Urusan semua deal melalui whatsapp dan email. Lepas baju siap dia hantar seorang pekerja untuk ambil baju di kedai saya. Semua settle. :D

Alhamdulillah. Dapat close job 119 helai ni. Team T-shirt Printing Malaysia pernah post beberapa minggu lepas tentang sample job ni disini.

Jadi rezeki Allah nak bagi kami dapat job ni. Customer puas hati dengan sample hari tu dan nak proceed. Cuma sample hari tu kami printing bawah sangat jadi customer mintak ataskan sikit.

Lepas deal, customer setuju untuk print 5 inci ke bawah start dari collar baju. Jadi saya yang menurut perintah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Hehe.

 

T-shirt printing malaysia

 

 

Total tempahan adalah 119 helai dan ada 8 helai customer nak printing belakang berbanding 111 lainnya semua kosong kat depan. Belakang hanya 1 warna printing je tapi maaf saya tak sempat lak nak ambil gambar belakang tu.

Disebabkan warna baju yang dipilih adala lebih 10 dan saiz yang berlainan, banyak kali juga saya dipesan oleh customer untuk tak buat silap. Terutama baju yang ada printing di bahagian belakang. Cuak la juga sebab dah pesan banyak kali kan, sekali silap naya woo. So far Alhamdulillah tak silap :)

Yang menarik, saya dapat full payment woo! Tak main deposit. Terbaik dan jutaan terima kasih kerana sangat percayakan saya. InsyAllah amanah yang diberi akan saya jaga sebaiknya. Alhamdulillah job ni dah siap pun. Isnin depan saya akan hubungi customer untuk datang ambil baju.

Cuma nak bagitau sikit pada bakal pelanggan saya. InsyAllah sebarang tempahan anda selamat dengan kami. Sejujurnya bohonglah kalau saya tak pernah silap ambil order atau tersilap printing t shirt. Itu normal. Saya akan cuba sedaya upaya kurangkan kesilapan.

Tapi apa yang saya boleh janji, setiap kesilapan printing saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jangan risau. Tujuan berniaga adalah nak membantu pelanggan dapatkan apa mereka mahu bukan keuntungan semata-mata.

Jadi bila niat dah nak membantu saya tak akan biarkan jika kesilapan tu dari saya.

Terima kasih! :)

 

 

 


 

Nak tempah t-shirt ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

Assalamualaikum. Ah ha! Seperti yang baru saya post di blog t shirt printing Malaysia sebelum ni di sini, ni pun satu lagi tempahan t shirt rewang.

Betul tak dalam post tu saya ada bagitahu yang orang Malaysia tengah sibuk nak kahwin sekarang ni ? So ni lah buktinya satu lagi job t-shirt rewang. Hehe. Macam biasa design ni pun datang dari koleksi t-shirt printing Malaysia juga.

Sebenarnya saya dapat idea nak himpunkan semua design rewang ni disebabkan customer juga. Kebiasannya orang yang tanya nak buat tshirt rewang ni tak ada design. Yelah dorang ni biasanya adalah salah seorang ahli keluarga atau si pengantin tu sendiri maybe takde basic design kan.

Jadi biasanya dorang memang tak berapa tahu bab-bab design ni. Yang biasa whatsapp saya minta saya cadangkan design atau dorang nak tengok sample t shirt rewang yang pernah saya buat.

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

Sebelum saya start buat design ready made ni susah juga. Sebab ada yang saya pula nak ambil gambar bila siap. Bila nak cari balik dalam file dah lupa nama siap yang tempah. Masak!

So saya pun terfikir apa kata kalau saya buat beberapa design t-shirt kahwin yang sesuai dengan majlis kat Malaysia ni, so bila customer tanya saya boleh terus Whatsapp sample design yang dah siap.

Jadi customer tinggal nak pilih je. Design dah ada, warna baju dan warna pada design tu terpulang ikut suka hati. Selain customer dapat tengok banyak design cun melecun, saya pun dapat jimat banyak masa.

Yelah biasanya bila design satu-satu design tu customer bukan terus approve. Kena bincang dulu dengan family, tunang dan sebagainya. So saya nak kena tunggu customer lagi lepas tu nak revise design lagi. So dengan cara macam ni customer just pilih, tukar-tukar warna sikit dah boleh proceed. :)

 

 


Nak tempah t-shirt rewang ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

 

 

 

Alhamdulillah siap t-shirt rewang 50 helai. Team t shirt printing Malaysia minggu ni agak sibuk dengan t shirt rewang. Ramai betul orang Malaysia nak kawin.

Maklumlah minggu depan dah nak cuti sekolah jadi memang ramai yang ambil kesempatan cuti panjang ni untuk buat majlis perkahwinan.

Tempahan kali ni datang dari Saudari Yatt. Saya pun tak sure apa nama penuh dia. Yatt pilih salah satu design dari design tshirt rewang yang saya ada. Antaranya adalah :

 

t shirt printing malaysia

 

Haa Yatt pilih design bawah kanan tu. T-shirt warna hitam cuma printing Yatt nak ubah kepada warna putih. Dan tulisan ‘rewang officer’ tu ditukar kepada ‘Wedding Crew’. Design ni berubah dalam 2,3 kali sebab Yatt kena bincang dengan family members dulu katanya.

So far mudah je deal dengan Yatt ni. Bila dia mintak ubah saya ikut arahan dan akhirnya beginilah hasil yang terakhir bila dah print. Cuma gambar kat bawah ni agak lari sikit sebabkan silau cahaya matahari. Sebenarnya saya print warna merah design tu. Hehe :p

 

t-shirt-printing-malaysia

 

 

T-shirt dalam 50 helai ni ikutkan dalam sejam dua dah boleh siap. Itu standard masa printing. Kalau tanya mana-mana t-shirt printer Malaysia pun saya rasa dorang bersetuju dengan pendapat saya.

Cuma saya selalu janji siap dalam masa seminggu sebab que job lain. Job awal yang dah ditempah saya kena siapkan dulu tak boleh la potong que kan. :)

Contohnya job ni saya janji seminggu tapi dalam masa tak sampai pun seminggu job ni dah siap dah.

 

 

 

 

Assalamua’laikum. Sebelum terlupa saya nak war-warkan pada sesiapa yang berminat dapatkan harga t-shirt printing murah saya kini ada buka peluang  untuk pengambilan agent.

Jadi anda boleh buat promosi servis t-shirt printing dan boleh hantar job pada saya dan saya akan berikan special agent price pada anda.

Berikut adalah job agent saya yang sedang kami siapkan.

 

T-shirt printing malaysia

 

T-shirt printing malaysia

 

Kelebihan jadi agent saya InsyAllah dalam masa terdekat saya akan invite dalam FB group untuk kita sama-sama berbincang cara untuk buat promosi yang berkesan.

Apa masalah atau sebarang pertanyaan yang anda tak faham tentang bisnes t-shirt printing boleh tanya dan kongsi-kongsi dalam group tersebut. Berminat nak jadi agent? Boleh whatsapp ke no – 01125570746

 

 


Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 019 3067885

Email : tpmalaysia14@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/tpmrm8.90

Nampaknya lepas team kaki fly buat baju konvoi hari tu kat sini, team Bella pun nak buat juga. Team ni dorang printing baju 59 helai.

Kalau team Kaki Fly buat kat Melaka, team Bella pula buat konvoi pergi cherating. Bestnya rasa nak join pun ada. hehe.

Team ni agak mudah sikit sebab design dah ada dah saiz design pun cun, agak besar. Bukan apa kalau design besar-besar ni saya nak printing dengan riang ria hari raya.

Sebab hasilnya InsyAllah terbaik dan details. Jadi customer puas hati tukang print lagi lah puas hati kan. Kebanyakkan yang bagi design copy paste dari internet ni yang masalah sikit. Resolution gambar dari internet ni kebanyakkannya kecik so bila print dikhuatiri hancuss.

Berikut adalah sample layout yang telah dipersetujui oleh ahli team konvoi.

 

printing baju

Ni pula hasil yang dah print. Bahagian depan.

 

printing baju

 

 

Ni bahagian belakang.

 

printing baju

 

 

Bila dah ok, lets roll. Hehehe.

 

printing baju

 

Maaf gambar agak blur. Budak saya yang ambil gambar ni mungkin sedang melompat kegirangan sebab printing CMYK ni menjadi. Hehe.

 


 

Nak printing baju ?

Kami menawarkan servis printing baju berkualiti dengan harga yang berpatutan di sekitar Ampang. Pada yang berada di luar lembah klang jangan risau kami juga tawarkan FREE POS ke semenanjung Malaysia (TERHAD).

Sila hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan :

Phone : 019 3067885 (whatsapp/ telegram untuk respon segera)

Email : tshirtchef@gmail.com (respon dalam 24jam)

 

Assalamualaikum. Kali ni saya tengah buat sample untuk printing baju guna teknik CMYK. Bila design ada toning atau terlalu banyak warna macam ni kena buat CMYK. Ini juga bagi membantu jimatkan kos pelanggan. Bila kos jimat pelanggan lagi suka la kan?

CMYK ni gabungan printing menggunakan warna basic seperti Biru (C), Margenta (M), yellow (Y) dan hitam (K). Jangan tanya kenapa C mewakili biru dan K mewakili hitam ye sebab saya pun tak tahu hehe. Sejak azali lagi memang dikenali macam ni.

Ok saya tunjukkan sample printing dari 1 warna ke 1 warna sehingga siap seperti design yang pelanggan mahukan. Ready ?

T-shirt printing malaysia

Ini adalah sample layout softcopy yang telah dipersetujui pelanggan. Lepas confirm maka proses printing untuk sample pun bermula. Untuk sample saya tak jumpa baju kuning di kilang jadi terpaksa gunakan warna lain. Tujuan hanya nak tengok warna printing je jadi tak ada masalah sangat walau baju warna lain.

So kita tengok jadi ke tak? Hehe.

 

t-shirt printing malaysia

Proses pertama adalah buat base dulu dengan menggunakan warna putih. Kalau t-shirt putih tak perlu buat base macam saya buat kat sini.

 

t-shirt printing malaysia

Proses kedua masukkan warna biru pula.

 


t-shirt printing malaysia

Proses ketiga masukkan warna merah pula

 

t-shirt printing malaysia

Proses seterusnya iaitu yang keempat masukkan warna kuning. Kalau anda perasan pada proses keempat ni dah boleh nampak design yang pelanggan nak. Boleh kata 85% dah siap dah design ni. Cuma proses terakhir saya akan masukkan warna hitam untuk pekatkan lagi dan boldkan outlline hitam yang terdapat pada design ni.

 

t-shirt printing malaysia

Akhirnya. Inilah hasilnya setelah kesemua 5 warna dimasukkan. Alhamdulillah sample ni memuaskan hati. Jadi boleh proceed.

 

t-shirt printing malaysia

So kita boleh proceed untuk printing semuanya. Total order dari pelanggan kali ni ialah 41 helai. Ini bahagian depan.

t-shirt printing malaysia

Ini bahagian belakang. Jadi siaplah proses printing untuk baju ‘Ride To Malacca’ ini. Semoga semua ahli kelab gembira dengan t-shrit mereka. Ride safely ok. :)