Apakah channel marketing yang berkesan untuk bisnes t-shirt printing?

Seperti yang anda ketahui apabila menjalankan sesuatu bisnes antara faktor yang paling penting adalah marketing. Begitulah juga dengan bisnes t-shirt printing.

Menurut jurulatih marketing nombo 1 negara Dr Azizan Osman 9/10 berjayanya satu-satu perniagaan itu  adalah disebabkan marketing. Jadi jelas disini menunjukkan betapa marketing adalah nadi perniagaan bagi memastikan perniagaan anda untung.

Bercakap berkenaan cara untuk promosi bisnes t-shirt printing, terdapat pelbagai cara yang percuma dan berbaloi untuk anda cuba terutama pada yang baru bermula.

t-shirt printing malaysia

 

Promosi servis printing baju di Facebook

Facebook adalah website atau laman sosial yang mempunyai ramai trafik. Anda boleh mula promosikan servis anda kepada rakan-rakan dan saudara anda di Facebook.

Buat 1 post promosi dan boleh tag saudara dan rakan anda untuk memberitahu tentang servis printing baju yang sedang anda jalankan.

Selain di Facebook profile, anda juga boleh buat satu page khas untuk bisnes printing anda. Cara ini nampak lebih profesional dan serius. Invite rakan-rakan untuk like page anda.

Selain itu Facebook group juga tak patut anda abaikan. Kini terdapat banyak group promosi di Facebook. Group ini ditubuhkan khas untuk promosikan produk atau serivs anda.

Contohnya group tebaik e-store. Group ini terdapat seramai 944 000 ++ ahli (sehingga artikel ini ditulis). Apa yang saya perhatikan, jika promosi anda kena cara dalam 5 minit sahaja boleh cecah sehingga 1000++ komen.

 

Buat promosi servis printing baju di Mudah.my

Salah satu website yang dah tersedia trafik yang berminat untuk membeli adalah Mudah.my.

Ini kerana di Mudah semua mereka yang masuk dalam website ini sedang mencari barang atau servis. Jadi potensi untuk servis t-shirt printing anda dapat pelanggan adalah sangat tinggi.

Saya sendiri bermula di Mudah dan responnya sangat menggalakkan dan sejujurnya sehingga sekarang saya menggunakan Mudah sebagai salah satu medium pemasaran online.

Bertepatan dengan namanya beriklan di Mudah adalah sangat mudah. Tipsnya anda perlu menggukan gambar yang menarik dan terangkan dengan detail tentang servis t-shirt printing anda.